PKG

Tuesday, February 26, 2013

PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH SANDAKAN


Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah bagi tahun 2013 telah diadakan di PKG Sandakan. Antara yang hadir menjayakan program tersebut ialah seramai 12 orang ahli jawatankuasa, 2 orang urusetia dan 21 orang guru pengiring beserta 43 orang Calon NILAM. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Ali Rahman HJ Arshad, Penolong Pegawai PPD Sandakan.


Friday, February 22, 2013

BENGKEL PENYELARASAN BAHAN PENILAIAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH SANDAKAN


Pihak PKG Sandakan telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Bahan Penilaian untuk Pemilihan Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Daerah Sandakan. Bahan Penilaian di pilih dan telah dibincangkan bersama dengan GPM dan juga Pegawai PKG Sandakan.

Tuesday, February 19, 2013

PROGRAM 'PRESENTATION OF CLASSROOM RESEARCH PROJECT'


Pihak PPD Sandakan telah menganjurkan Program ' Presentation Of Classrom Research Project' dengan kerjasama Ms. Brenna daripada British Council yang diadakan di Bilik Taklimat SK KG Bahagia Sandakan.


Friday, February 8, 2013

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH SANDAKAN


Pihak PKG Sandakan telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Sandakan Bersama dengan En. Ali Rahman Haji Arshad, Penolong Pegawai PPD Sandakan dan dihadiri oleh Guru Perpustakaan Media (GPM) Sekolah Daerah Sandakan yang terpilih sahaja.