PKG

Saturday, March 9, 2013

BENGKEL KONFIGURASI SERVER DAN RANGKAIAN UNTUK JURUTEKNIK KOMPUTER FT17


Bengkel konfigurasi Server dan Rangkaian telah diadakan di Makmal Komputer SK Muhibbah dan telah dihadiri seramai 25 orang FT17 Sekolah Daerah Sandakan, En. Ismail Alpah, Fasilitator Sk Muhibbah dan En. Suhaimi Sani, Penceramah BTPN Sabah. Antara objektif  dan matlamat bengkel diadakan adalah supaya FT17 sekolah dapat bertindak menyelesaikan serta mengatasi masalah teknikal berkaitan server dan rangkaian LAN di makmal komputer dan meuwujudkan kestabilan rangkaian internet di sekolah.


Friday, March 8, 2013

MESYUARAT PEMBENTUKKAN JAWATANKUASA AKTIVITI JURUTEKNIK KOMPUTER FT17


Mesyuarat Pembentukkan Jawatankuasa Aktiviti Juruteknik Komputer FT17 Sekolah Daerah Sandakan telah diadakan di Bilik Mesyuarat PKG Sandakan dan di pengerusi oleh En. Hasnaol Hj Liwangsa, PTP1 PKG Sandakan dan Penasihat adalah En. Junggal Bin Sidup, PTP1 PTPB Sandakan. Antara agenda mesyuarat ialah

  1. Ucapan Pengerusi 
  2. Pembentukan AJK 
  3. Peranan dan Fungsi SKT - Sesi Video Conference Bersama En. Azmy Bin Hj Ahmad ( Pegawai Teknologi Pendidikan Unit Pengurusan Hal Ehwal PTPB & PKG, BTPN Sabah ) 
  4. Perancangan Aktiviti 
  5. Hal-hal Lain 
  6. Penutup

Saturday, March 2, 2013

MAJLIS PENANGGUHAN & PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA KARNIVAL NILAM PERINGKAT BAHAGIAN


Majlis Penangguhan dan penyampaian Hadiah tersebut telah diadakan di Grand Ballroom, Sabah Hotel.


Friday, March 1, 2013

KARNIVAL ANUGERAH TOKOH NILAM PERINGKAT BAHAGIAN SANDAKAN


Karnival Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Bahagian Sandakan telah diadakan di SMK Agama Tun Juhar Sandakan yang dianjurkan oleh PTPB Bahagian Sandakan. Antara Calon yang hadir adalah daripada Daerah Sandakan, Daerah Beluran, Daerah Telupid dan Daerah Kinabatangan.