PKG

Tuesday, August 19, 2014

FORMULA 1 (F1) TECHNOLOGY CHALLENGE PERINGKAT ZON SABAH 2014



Program Formula 1 (F1) Technology Challenge Peringkat Zon Sabah 2014 akan diadakan pada 
21-24 Ogos 2014 bertempat di SMK Sandakan 2, dan Dewan SMK Merpati, Sandakan.


PENGENALAN
F1 In School adalah suatu program kokurikulum antarabangsa yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah. Di negara kita, ia bermula dari peringkat negeri di mana setiap daerah akan menghantar wakil untuk bertanding dan merebut gelaran juara bagi peringkat negeri. Juara peringkat negeri akan mewakili negeri tersebut dalam pertandingan kebangsaan di mana setiap negeri akan bertanding untuk merebut gelaran juara peringkat kebangsaan dan seterusnya melayakkan diri dalam pertandingan peringkat antarabangsa.

OBJEKTIF
F1 In School bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berkemampuan dalam bidang kejuruteraan dan teknologi masa kini. Ia sekaligus menunjukkan kebolehan pelajar-pelajar tersebut dari aspek pertuturan bahasa dan sebagainya.

Friday, August 15, 2014

SABAH SKRIN FEST : PERTANDINGAN PENDIDIKAN FESTIVAL FILEM DIGITAL SABAH 2014




SABAH SKRIN FEST merupakan festival filem digital dan persaingan terbuka kepada dua kategori iaitu SEKOLAH - sekolah-sekolah menengah dan rendah di Malaysia; TERBUKA - mana-mana peminat filem amatur Malaysia yang berasal dari Sabah.

Sebelum ini dikenali sebagai Pendidikan Festival Filem Digital Sabah, satu program kerjasama di antara Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (Sabah), Bahagian Teknologi Pendidikan (Sabah) dan Jabatan Pendidikan Sabah. Pendidikan Festival Filem Digital Sabah hanya terbuka kepada sekolah-sekolah menengah dan rendah.

Bermula pada 2014, SABAH SKRIN FEST direka untuk memperluaskan penglibatan Pendidikan Sabah Festival Filem Digital dengan objektif:


  • Menggunakan kreativiti pembuat filem di negeri Sabah. 
  • Mewujudkan sumber mampan yang berbakat dalam media kreatif melalui pembikinan filem digital. 

SABAH SKRIN FEST akan bermula pada 11 hingga 13 NOVEMBER 2014 untuk info lebih lanjut sila layari alamau url http://www.screenfest.my/

PENGISIAN PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH MENGGUNAKAN SSQS BAGI TAHUN 2014



Untuk makluman, bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan Penarafan Pembesatrian Sekolah Menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS)  bagi memenuhi komitmen dalam Pelan Pembestarian Pendidikan Sekolah dan Pelaporan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Sekolah Bestari, KPM yang dipengerusi oleh Ketua Setiausaha KPM serta Mesyuarat Flagship Coordination Comitte (FCC) yang dipengerusi oleh Ketua Setiausaha Negara.

Pengisian Penarafan SSQS ini telah bermula pada 15 JULAI 2014 - 30 OGOS 2014. Sila lawati alamat url ini http://pkgbtpnkedah.moe.edu.my/ssqssabah dan lengkapkan pengisian tersebut sebelum tarikh tutup tamat. Bersama-sama ini disertakan Lampiran Surat yang berkaitan bagi rujukan pihak sekolah.

Tuesday, August 12, 2014

STATUS KEPUTUSAN PENARAFAN SSQS DARI TAHUN 2009-2013








Status Keputusan Penarafan SSQS dari tahun 2009 sehingga 2013 boleh dimuaturun disini untuk rujukan sekolah.

Wednesday, April 16, 2014

KUTIPAN DATA BERKAITAN PENGGUNAAN PERUNTUKAN GRANT PER KAPITA (PCG) PUSAT SUMBER SEKOLAH


Untuk makluman, semua sekolah Daerah Sandakan dikehendaki untuk melengkapkan maklumat bagi kutipan data berkaitan penggunaan peruntukkan Grant Per Kapita (PCG) Pusat Sumber Sekolah dengan menggunakan format borang yang boleh disi secara online SEBELUM / PADA 15 APRIL 2013 ( SELASA )

Borang Penggunaan Peruntukkan Grant Per Kapita (PCG) PSS Sekolah :



       

Monday, January 20, 2014

PENCALONAN PESERTA UNTUK ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH SANDAKAN 2014



Sukacita dimaklumkan untuk semua sekolah-sekolah Daerah Sandakan, Pertandingan Anugerah NILAM Peringkat Daerah Sandakan bagi Tahun 2014 akan diadakan pada 28 Januari 2014 (Selasa) bertempat di SMK Merpati Sandakan. Oleh itu, bagi sekolah yang berminat untuk menyertai pertandingan sila muaturun semua borang-borang tersebut di bawah dan hantar pada 24 Januari 2014 (Jumaat) ke PKG Sandakan melalui Faks : 089-225687.

  1. BORANG PENCALONAN & FORMAT FOLIO kategori Bahasa Inggeris.
  2. BORANG PENCALONAN & FORMAT FOLIO kategori Bahasa Malaysia.
  3. BORANG KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA
  4. BORANG GURU PENGIRING

**Tarikh Tutup Penghantaran : 24 Januari 2014 (Jumaat)