PKG

Friday, September 14, 2018

PENGISIAN DATA NILAM DI DALAM SISTEM IQ-NILAM BAGI TAHUN 2018



Untuk makluman, Sistem Indeks Kualiti NILAM (IQNILAM) telah dibina untuk memudahkan pihak sekolah terutama guru kelas/GPM/NILAM untuk merekod bahan bacaan murid.

Sehubungan itu, mohon Sekolah-sekolah Daerah Sandakan untuk mengisi data terkini (2018) Program Nadi llmu Amalan Membaca (NILAM) berpandukan buku rekod bacaan NILAM yang telah diisi oleh murid Sekolah Rendah (Tahun '1 hingga Tahun 6) dan murid Sekolah Menengah (Peralihan hingga Tingkatan 6)

Sila Muaturun Surat Arahan Pengisian IQNILAM dan Langkah-langkah pengisian data NILAM ke dalam sistem IQNILAM adalah seperti Lampiran 1 Sekiranya terdapat sebarang masalah atau kemusykilan' dimohon menghubungi pegawai meja bantuan seperti di Lampiran 2 
Pihak YBhg Dato'AfBrs Or./iuan/Puan juga boleh memberi sebarang cadangan penambahbaikan melalui menu maklumbalas di dalam sistem tersebut.

CARA LOGIN  DALAM SISTEM IQ-NILAM :

1. Taip https:/iqnilam.moe.gov.my/ di bar alamat enjin carian. 
2. Masukkan Usemame (KOD SEKOLAH) contoh: XBA2001
3. Masukkan Password (KOD SEKOLAH#999) contoh: XBA2001#999

Wednesday, August 1, 2018

KRITERIA CALON UNTUK ANUGERAH NILAM NEGERI DAN KEBANGSAAN 2019





Dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan,Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM
telah menghantar emel berkaitan kriteria-kriteria bagi calon untuk pertandingan dalam Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan untuk tahun 2019.

Sehubungan dengan itu, disampaikan maklumat berkaitan kriteria berkenaan untuk rujukan dan kegunaan pihak sekolah masing-masing. Bidang dan cara pelaksanaan penilaian calon masih seperti yang dibuat pada tahun ini.

Sila muaturun Lampiran Kriteria tersebut di sini.

Monday, July 16, 2018

SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) MULAI 16 JULAI HINGGA 30 OGOS 2018



PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH

Untuk Makluman,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan penarafan Pembestarian Sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) mulai 16 Julai hingga 30 Ogos 2018 untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia yang boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program Pembestarian Sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan (k-economy).

Untuk membuat pengisian penarafan tersebut, sila layari laman web di alamat url seperti berikut : 
http://btp.moe.gov.my


Thursday, July 5, 2018

SURAT PELAKSANAAN STANDARD KOMPETENSI DIGITAL (DCS) 2018


Untuk makluman surat Pelaksanaan Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards -DCS) Murid Tahun 2018, surat rujukan:JPNSBH.SMPICT.TEK/100-11/1/8 (30) telah dikeluarkan oleh pihak JPN Sabah kepada semua PPD pada 13 Jun 2018.
Maklumat terkini mengenai perubahan tarikh pelaksaan DCS 2018 ada seperti berikut:-

FASA
Tarikh Pelaksanaan
Kumpulan Sasaran
PERTAMA
01 Julai 2018 Hingga 30 Julai 2018
(Pindaan Terbaru)
Murid Tingkatan 3 Dan 5
KEDUA
01 September 2018 Hingga 31 Oktober 2018
Murid Tahun 6

Sebarang pertanyaan bagi penilaian DCS 2018, sila berhubung dengan En Chua Guan Chee di talian 0138814838.

Wednesday, July 4, 2018

PELAKSANAAN "HOUR OF CODE" TAHUN 2018



Untuk makluman kempen Hour of Code yang akan dilaksanakan kesemua sekolah bermula pada 16 Julai hingga 3 Ogos 2018.  Kempen ini merupakan salah satu komponen strategik di bawah #mydigital maker movement iaitu inisiatif nasional yang bertujuan untuk mentransformasikan generasi muda khususnya murid sekolah daripada hanya menjadi pengguna teknologi kepada pencipta teknologi. 
 
Sila muaturun Surat Pelaksanaan Hour Of Code beserta Manual Pelaksanaan Kempen "Hour Of Code" 2018 untuk rujukan pihak sekolah.
 


PELAKSANAAN DIGITAL COMPETENCY STANDARDS (DCS) SEKOLAH MENENGAH - FASA 1 TAHUN 2018



Bagi menilai tahad kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika, pelajar-pelajar sekolah dalam lampiran akan dipilih untuk penilaian berbentuk gamifikasi.

Responden penilaian Fasa 1 adalah untuk SEKOLAH MENENGAH sahaja. Jumlah responden bagi sekolah-sekolah terpilih adalah seperti berikut: -




Sekolah Menengah: Tingkatan 3
Kelas A: Minimum 20 orang
Kelas B: Minimum 20 orang

Sekolah Menengah: Tingkatan 5
Kelas A: Minimum 20 orang
Kelas B: Minimum 20 orang


Untuk makluman tuan/puan, alamat url bagi panduan pengisian DCS adalah

dan alamat url bagi pengisian DCS 2018 adalah http://best.moe.edu.my/dcs/. Tarikh tutup bagi pelaksanaan DCS Fasa 1 adalah pada 30 Julai 2018

SLIDE PROGRAM AMALAN MEMBACA UNTUK PRA SEKOLAH TAHUN 2018



Diedarkan Slide berkaitan Program Amalan Membaca untuk Pra Sekolah untuk rujukan bagi memantapkan lagi pelaksanaan program NILAM di semua Pra Sekolah Daerah Sandakan.


Friday, June 29, 2018

JEMPUTAN PENYERTAAN PERTANDINGAN PENGHASILAN FILEM PENDEK/ANIMASI SEMPENA SABAH SCREEN FEST 2018


Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Dan Inovasi Negeri Sabah (K-Pi)dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPN Sabah)  dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah (BTPN Sabah) akan menganjurkan “SABAH SCREEN FEST” pada 7-9 November 2018.
Tema bagi  penghasilan Filem Pendek/Animasi ialah "Love/Hate". Surat jemputan pertandingan telah disertakan, sila maklumkan dan panjangkan perkara ini kepada sekolah-sekolah di bawah seliaan tuan/puan. 


Wednesday, June 27, 2018

PENGISIAN ANALISIS NISBAH BUKU DAN PELAJAR BAGIS SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SANDAKAN TAHUN 2018






Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman, Pihak BTP telah diarahkan untuk mendapatkan maklumat mengenai Nisbah Buku dan Pelajar Bagi Tahun 2017 daripada pihak sekolah di Daerah Sandakan. 

Maklumat tersebut hendaklah SIAP DIISI pada atau selewat-lewatnya 10 Ogos 2018 (Jumaat) secara online melalui alamat URL yang diberikan.

Alamat URL bagi

SEKOLAH MENENGAH : https://goo.gl/kaY36j
SEKOLAH RENDAH : https://goo.gl/rG6Kc3

Monday, April 2, 2018

Pertandingan Cabaran Keselamatan Siber Nasional (CAKNA 2018)






Sukacitanya dimaklumkan Pertandingan Cabaran Keselamatan Siber Nasional 2018 buat pertama kalinya telah dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pertandingan ini menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya sebagai bahasa pengantar. Maklumat lanjut dan syarat-syarat pertandingan boleh diakses melalui URL http://btp.moe.gov.my/article/203

Pertandingan ini terbuka kepada pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 di sekolah menengah harian biasa. Peserta perlu muat naik video berdurasi 3 minit ke laman YouTube. Tuliskan URL pautan video dalamBorang A1 pada ruangan 3.0 PengakuanTopik video adalah :

"Internet Yang Baik Bermula Dengan Anda"

Tarikh penyertaan adalah bermula pada 15hb Mac 2018 dan tutup pada 15hb April 2018.



Pertandingan National ICT Security Discourse : CyberSAFE Challenge Trophy (NICTSeD 2018)





Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan National ICT Security Discourse : CyberSAFE Challenge Trophy (NICTSeD 2018) telah diperbaharui dan TERBUKA kepada semua semua SEKOLAH MENENGAH seluruh Malaysia.
Maklumat lanjut dan syarat-syarat pertandingan boleh diakses melalui url  http://www.cybersafe.my/nictsed/

Tarikh penyertaan adalah bermula pada 15hb Mac 2018 dan TUTUP pada 15hb April 2018.



Tuesday, March 27, 2018

PELAKSANAAN PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA ( KM1M ) TAHUN 2018




         

Mohon sekolah-sekolah Daerah Sandakan untuk muaturun Surat Arahan Pelaksanaan KM1M di sini. 


Tuesday, March 20, 2018

PENGISIAN DATA PERALATAN ICT SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SANDAKAN TAHUN 2018



Assalamualaikum W.B.T dan Selamat Sejahtera,

Mohon agar tuan/puan dapat mengisi dan melengkapkan maklumat yang dikehendaki oleh  Encik Amir Bin Abu Bakar, Unit Data & Kajian, Sektor Pengurusan Strategik, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia berdasarkan kepada keperluan maklumat di alamat 
URL : https://goo.gl/k4nHvt  berikut.

Tarikh akhir pengisian maklumat adalah pada 26 Mac 2018-ISNIN bagi tujuan pengumpulan dan verifikasi sebelum dihantar kepada BTP.


Sekian, Terima Kasih...

SENARAI SEKOLAH YANG TERLIBAT PENYENGGARAAN BAGI TAHUN 2018





Untuk Makluman, senarai sekolah yang terlibat adalah sepenuhnya diputuskan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan berdasarkan aduan yang dilaporkan dalam sistem https://sts.moe.gov.my. Aduan Kerosakkan Peralatan ICT yang boleh dilaporkan ialah :
Komputer desktop Notebook Printer Scanner Projector Server Rangkaian (LAN)

Senarai sekolah yang terpilih untuk penyenggaraan peralatan ICT tahun 2018 adalah :
SMK ST MARY ( PISA )
SM KOVENT ST CECILIA ( PISA )
SMK ELOPURA BESTARI
SMK SANDAKAN
SMK BATU SAPI