PKG

Monday, April 2, 2018

Pertandingan Cabaran Keselamatan Siber Nasional (CAKNA 2018)






Sukacitanya dimaklumkan Pertandingan Cabaran Keselamatan Siber Nasional 2018 buat pertama kalinya telah dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pertandingan ini menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya sebagai bahasa pengantar. Maklumat lanjut dan syarat-syarat pertandingan boleh diakses melalui URL http://btp.moe.gov.my/article/203

Pertandingan ini terbuka kepada pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 di sekolah menengah harian biasa. Peserta perlu muat naik video berdurasi 3 minit ke laman YouTube. Tuliskan URL pautan video dalamBorang A1 pada ruangan 3.0 PengakuanTopik video adalah :

"Internet Yang Baik Bermula Dengan Anda"

Tarikh penyertaan adalah bermula pada 15hb Mac 2018 dan tutup pada 15hb April 2018.



Pertandingan National ICT Security Discourse : CyberSAFE Challenge Trophy (NICTSeD 2018)





Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan National ICT Security Discourse : CyberSAFE Challenge Trophy (NICTSeD 2018) telah diperbaharui dan TERBUKA kepada semua semua SEKOLAH MENENGAH seluruh Malaysia.
Maklumat lanjut dan syarat-syarat pertandingan boleh diakses melalui url  http://www.cybersafe.my/nictsed/

Tarikh penyertaan adalah bermula pada 15hb Mac 2018 dan TUTUP pada 15hb April 2018.