PKG

Monday, July 16, 2018

SMART SCHOOL QUALIFICATION STANDARDS (SSQS) MULAI 16 JULAI HINGGA 30 OGOS 2018



PENARAFAN PEMBESTARIAN SEKOLAH

Untuk Makluman,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan melaksanakan penarafan Pembestarian Sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) mulai 16 Julai hingga 30 Ogos 2018 untuk mengukur tahap pembestarian sekolah-sekolah Malaysia yang boleh digunakan sebagai salah satu indikator asas bagi mengukur tahap pencapaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, khususnya Anjakan 7, Memanfaatkan ICT bagi Meningkatkan Kualiti Pembelajaran di Malaysia serta menjadi input kepada pelbagai program Pembestarian Sekolah dalam pembangunan sumber manusia dan tenaga kerja yang berteraskan pengetahuan (k-economy).

Untuk membuat pengisian penarafan tersebut, sila layari laman web di alamat url seperti berikut : 
http://btp.moe.gov.my


Thursday, July 5, 2018

SURAT PELAKSANAAN STANDARD KOMPETENSI DIGITAL (DCS) 2018


Untuk makluman surat Pelaksanaan Standard Kompetensi Digital (Digital Competency Standards -DCS) Murid Tahun 2018, surat rujukan:JPNSBH.SMPICT.TEK/100-11/1/8 (30) telah dikeluarkan oleh pihak JPN Sabah kepada semua PPD pada 13 Jun 2018.
Maklumat terkini mengenai perubahan tarikh pelaksaan DCS 2018 ada seperti berikut:-

FASA
Tarikh Pelaksanaan
Kumpulan Sasaran
PERTAMA
01 Julai 2018 Hingga 30 Julai 2018
(Pindaan Terbaru)
Murid Tingkatan 3 Dan 5
KEDUA
01 September 2018 Hingga 31 Oktober 2018
Murid Tahun 6

Sebarang pertanyaan bagi penilaian DCS 2018, sila berhubung dengan En Chua Guan Chee di talian 0138814838.

Wednesday, July 4, 2018

PELAKSANAAN "HOUR OF CODE" TAHUN 2018



Untuk makluman kempen Hour of Code yang akan dilaksanakan kesemua sekolah bermula pada 16 Julai hingga 3 Ogos 2018.  Kempen ini merupakan salah satu komponen strategik di bawah #mydigital maker movement iaitu inisiatif nasional yang bertujuan untuk mentransformasikan generasi muda khususnya murid sekolah daripada hanya menjadi pengguna teknologi kepada pencipta teknologi. 
 
Sila muaturun Surat Pelaksanaan Hour Of Code beserta Manual Pelaksanaan Kempen "Hour Of Code" 2018 untuk rujukan pihak sekolah.
 


PELAKSANAAN DIGITAL COMPETENCY STANDARDS (DCS) SEKOLAH MENENGAH - FASA 1 TAHUN 2018



Bagi menilai tahad kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika, pelajar-pelajar sekolah dalam lampiran akan dipilih untuk penilaian berbentuk gamifikasi.

Responden penilaian Fasa 1 adalah untuk SEKOLAH MENENGAH sahaja. Jumlah responden bagi sekolah-sekolah terpilih adalah seperti berikut: -




Sekolah Menengah: Tingkatan 3
Kelas A: Minimum 20 orang
Kelas B: Minimum 20 orang

Sekolah Menengah: Tingkatan 5
Kelas A: Minimum 20 orang
Kelas B: Minimum 20 orang


Untuk makluman tuan/puan, alamat url bagi panduan pengisian DCS adalah

dan alamat url bagi pengisian DCS 2018 adalah http://best.moe.edu.my/dcs/. Tarikh tutup bagi pelaksanaan DCS Fasa 1 adalah pada 30 Julai 2018

SLIDE PROGRAM AMALAN MEMBACA UNTUK PRA SEKOLAH TAHUN 2018



Diedarkan Slide berkaitan Program Amalan Membaca untuk Pra Sekolah untuk rujukan bagi memantapkan lagi pelaksanaan program NILAM di semua Pra Sekolah Daerah Sandakan.