Program Formula 1 (F1) Technology Challenge Peringkat Zon Sabah 2014 akan diadakan pada
21-24 Ogos 2014 bertempat di SMK Sandakan 2, dan Dewan SMK Merpati, Sandakan.
21-24 Ogos 2014 bertempat di SMK Sandakan 2, dan Dewan SMK Merpati, Sandakan.
PENGENALAN
F1 In School adalah suatu program kokurikulum antarabangsa yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah. Di negara kita, ia bermula dari peringkat negeri di mana setiap daerah akan menghantar wakil untuk bertanding dan merebut gelaran juara bagi peringkat negeri. Juara peringkat negeri akan mewakili negeri tersebut dalam pertandingan kebangsaan di mana setiap negeri akan bertanding untuk merebut gelaran juara peringkat kebangsaan dan seterusnya melayakkan diri dalam pertandingan peringkat antarabangsa.
OBJEKTIF
F1 In School bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berkemampuan dalam bidang kejuruteraan dan teknologi masa kini. Ia sekaligus menunjukkan kebolehan pelajar-pelajar tersebut dari aspek pertuturan bahasa dan sebagainya.