PKG

Wednesday, July 4, 2018

PELAKSANAAN "HOUR OF CODE" TAHUN 2018



Untuk makluman kempen Hour of Code yang akan dilaksanakan kesemua sekolah bermula pada 16 Julai hingga 3 Ogos 2018.  Kempen ini merupakan salah satu komponen strategik di bawah #mydigital maker movement iaitu inisiatif nasional yang bertujuan untuk mentransformasikan generasi muda khususnya murid sekolah daripada hanya menjadi pengguna teknologi kepada pencipta teknologi. 
 
Sila muaturun Surat Pelaksanaan Hour Of Code beserta Manual Pelaksanaan Kempen "Hour Of Code" 2018 untuk rujukan pihak sekolah.
 


PELAKSANAAN DIGITAL COMPETENCY STANDARDS (DCS) SEKOLAH MENENGAH - FASA 1 TAHUN 2018



Bagi menilai tahad kompetensi digital murid dalam domain kognitif, teknologi dan etika, pelajar-pelajar sekolah dalam lampiran akan dipilih untuk penilaian berbentuk gamifikasi.

Responden penilaian Fasa 1 adalah untuk SEKOLAH MENENGAH sahaja. Jumlah responden bagi sekolah-sekolah terpilih adalah seperti berikut: -




Sekolah Menengah: Tingkatan 3
Kelas A: Minimum 20 orang
Kelas B: Minimum 20 orang

Sekolah Menengah: Tingkatan 5
Kelas A: Minimum 20 orang
Kelas B: Minimum 20 orang


Untuk makluman tuan/puan, alamat url bagi panduan pengisian DCS adalah

dan alamat url bagi pengisian DCS 2018 adalah http://best.moe.edu.my/dcs/. Tarikh tutup bagi pelaksanaan DCS Fasa 1 adalah pada 30 Julai 2018

SLIDE PROGRAM AMALAN MEMBACA UNTUK PRA SEKOLAH TAHUN 2018



Diedarkan Slide berkaitan Program Amalan Membaca untuk Pra Sekolah untuk rujukan bagi memantapkan lagi pelaksanaan program NILAM di semua Pra Sekolah Daerah Sandakan.


Friday, June 29, 2018

JEMPUTAN PENYERTAAN PERTANDINGAN PENGHASILAN FILEM PENDEK/ANIMASI SEMPENA SABAH SCREEN FEST 2018


Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Dan Inovasi Negeri Sabah (K-Pi)dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPN Sabah)  dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah (BTPN Sabah) akan menganjurkan “SABAH SCREEN FEST” pada 7-9 November 2018.
Tema bagi  penghasilan Filem Pendek/Animasi ialah "Love/Hate". Surat jemputan pertandingan telah disertakan, sila maklumkan dan panjangkan perkara ini kepada sekolah-sekolah di bawah seliaan tuan/puan. 


Wednesday, June 27, 2018

PENGISIAN ANALISIS NISBAH BUKU DAN PELAJAR BAGIS SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH SANDAKAN TAHUN 2018






Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman, Pihak BTP telah diarahkan untuk mendapatkan maklumat mengenai Nisbah Buku dan Pelajar Bagi Tahun 2017 daripada pihak sekolah di Daerah Sandakan. 

Maklumat tersebut hendaklah SIAP DIISI pada atau selewat-lewatnya 10 Ogos 2018 (Jumaat) secara online melalui alamat URL yang diberikan.

Alamat URL bagi

SEKOLAH MENENGAH : https://goo.gl/kaY36j
SEKOLAH RENDAH : https://goo.gl/rG6Kc3

Monday, April 2, 2018

Pertandingan Cabaran Keselamatan Siber Nasional (CAKNA 2018)






Sukacitanya dimaklumkan Pertandingan Cabaran Keselamatan Siber Nasional 2018 buat pertama kalinya telah dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pertandingan ini menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya sebagai bahasa pengantar. Maklumat lanjut dan syarat-syarat pertandingan boleh diakses melalui URL http://btp.moe.gov.my/article/203

Pertandingan ini terbuka kepada pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 di sekolah menengah harian biasa. Peserta perlu muat naik video berdurasi 3 minit ke laman YouTube. Tuliskan URL pautan video dalamBorang A1 pada ruangan 3.0 PengakuanTopik video adalah :

"Internet Yang Baik Bermula Dengan Anda"

Tarikh penyertaan adalah bermula pada 15hb Mac 2018 dan tutup pada 15hb April 2018.



Pertandingan National ICT Security Discourse : CyberSAFE Challenge Trophy (NICTSeD 2018)





Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan National ICT Security Discourse : CyberSAFE Challenge Trophy (NICTSeD 2018) telah diperbaharui dan TERBUKA kepada semua semua SEKOLAH MENENGAH seluruh Malaysia.
Maklumat lanjut dan syarat-syarat pertandingan boleh diakses melalui url  http://www.cybersafe.my/nictsed/

Tarikh penyertaan adalah bermula pada 15hb Mac 2018 dan TUTUP pada 15hb April 2018.