PKG

Tuesday, June 11, 2019

Makluman Keperluan Untuk Pengguna Membuat Sandaran (Backup) Data dan Bahan Kandungan FROG Drive dan Google Drive di FROG VLE


Untuk makluman dan perhatian tuan/puan jua, tarikh akhir untuk melaksanakan aktiviti sandaran (backup) bahan digital dari Google Drive dan FROG Drive yang dipautkan dengan ID 1BestariNet adalah pada 29 Jun 2019

Di sertakan bersama Surat Makluman dan Panduan Tatacara Muaturun Bahan dari Frog Drive dan Google Drive

Monday, April 15, 2019

PELAKSANAAN PROGRAM JOM BACA BERSAMA (LET'S READ TOGETHER) UNTUK 10 MINIT PERINGKAT NEGERI SABAH 2019



Program Jom Baca 10 Minit ini dijalankan serentak diseluruh negara sempena sambutan Hari Buku Sedunia 2019. Sehubungan itu, semua sekolaha adalah diminta untuk melaksanakan program tersebut pada keteapan berikut : 

Tarikh : 23 April 2019 
Masa : 11.00 - 11.10 Pagi atau 2.30 - 2.40 Petang
Tempat : Sekolah Masing-masing

Bersama dengan ini disertakan beberapa dokumen seperti berikut:


Friday, March 1, 2019

PERTANDINGAN FROG WORLD CHAMPIONSHIP TAHUN 2019



Dimaklumkan bahawa FrogAsia sedang menganjurkan pertandingan Frog World  Championship kepada sekolah-sekolah di seluruh Malaysia . 

Tujuan pertandingan tersebut adalah untuk  menggalakkan penggunaan teknologi dalam pembelajaran melalui gamifikasi menerusi aplikasi Frog Play. 

Sehubungan dengan itu, disertakan Surat Makluman mengenai pertandingan tersebut.

Wednesday, January 23, 2019

LAPORAN PELAKSANAAN PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH SANDAKAN 2019



Untuk makluman, Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Daerah Sandakan telah dilaksanakan pada 22 Januari 2019 dengan jayanya di PKG Sandakan. Untuk mendapatkan ulasan lanjut mengenai sepanjang program tersebut sila muaturun disini.

Tahniah, diucapkan kepada semua peserta Tokoh NILAM  dan ribuan terima kasih atas kerjasama sepenuhnya daripada GPM Daerah Sandakan Tahun 2019.

Wednesday, January 16, 2019

PROGRAM PEMILIHAN ANUGERAH TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH SANDAKAN



Untuk makluman, Program Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Daerah Sandakan Tahun 2019 akan berlangsung pada 22 Januari 2019 ( Selasa ) di PKG Sandakan. Oleh itu, mohon kepada sekolah yang telah mendaftarkan peserta kepada PKG untuk muaturun Surat Makluman Program NILAM dan dokumen yang diperlukan seperti di bawah :
  1. Surat Makluman Program Tokoh NILAM
  2. Format Folio Calon BI
  3. Borang Pencalonan BI
  4. Format Folio Calon BM
  5. Borang Pencalonan BM
  6. Borang Kebenaran Ibu Bapa 2019
  7. Borang Guru Pengiring 2019
**Sila muaturun mengikut kategori (BM/BI) calon yang didaftarkan dan borang-borang yang telah lengkap di isi beserta dokumen sokongan perlu diserahkan kepada AJK Pendaftaran pada 22 Januari 2019 di PKG Sandakan.

Friday, January 11, 2019

PENGUMPULAN DATA PUSAT AKSES SEKOLAH DAERAH SANDAKAN TAHUN 2019


Untuk maklumat pihak tuan/puan, data ini merangkumi beberapa maklumat yang perlu dikemaskini mengikut keperluan tahun semasa.
 
Oleh yang demikian, pihak tuan/puan dimohon untuk mengisi dan melengkapkan maklumat yang diperlukan mengikut format yang disediakan. Sila lengkapkan data di alamat link https://goo.gl/vLLE5F
 
Tarikh pengumpulan data ini perlu dihantar selewat-lewatnya pada 31 Januari 2019 (Khamis) untuk diserahkan kepada En FAZLYE GUBAL BIN A.JAFER, Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit Pembestarian Sekolah (UBEST) Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah, Kementerian Pendidikan Malaysia.