PKG

Thursday, June 6, 2013

PEMANTAUAN MS ISO DAN PENGURUSAN PENTADBIRAN DI PKG SANDAKAN



Untuk makluman, Pihak BTPN Sabah telah menjalankan Pemantauan MS ISO dan Pengurusan Pentadbiran di PKG Sandakan pada 03 Jun 2013. Pemantauan telah berlangsung daripada jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.Pegawai Pemantau bagi Pemantauan MS ISO ialah Pn. Editha James Ginibun PTP, Unit Pengurusan Hal Ehwal PTPB dan PKG, BTPN Sabah bersama Pegawai Pemantau bagi Pemantauan Pengurusan Pentadbiran PKG iaitu En. Suhailee Hj. Ahmad, Penolong Pengarah BTPN Sabah. Secara keseluruhannya, pencapaian adalah sangat membanggakan dengan keputusan yang diterima adalah CEMERLANG bagi kedua-dua pemantauan untuk Tahun 2013.