PKG

INFO PKG


Bangunan PKG Sandakan terletak di Jalan Maktab Perguruan berdekatan dengan SMK Datuk Pangiran Galpam Batu 1 1/2 Sandakan.

CARTA ORGANISASI PKG SANDAKAN





FUNGSI PKG
  1. Membantu melaksana aktiviti Teknologi Pendidikan yang dirancang dan mengumpul maklumat untuk pelaporan.
  2. Memberi khidmat sokongan pelaksanaan inisiatif ICT di Sekolah.
  3. Memberi khidmat sokongan pelaksanaan Sekolah Bestari dan Pembestarian sekolah mengikut kelompok.
  4. Memantau dan memberi khidmat sokongan Pembangunan Pusat Sumber Sekolah.
  5. Mengedar, mempromosi dan memberi khidmat sokongan Teknologi Pendidikan.
  6. Membantu memberi khidmat kepakaran Teknologi Pendidikan di sekolah.

KONSEP PKG 

Pusat Kegiatan Guru Sandakan menjadi Pemangkin untuk Meransang Pembangunan Profesionalisme Guru khasnya untuk meningkatkan Pengetahuan dan Pembudayaan Teknopen dalam Pengajaran dan Pembelajaran serta Pengurusan Pusat Sumber di Sekolah.


KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI PKG

Bilik Bengkel

Bilik Mesyuarat Nunuyan

Ruang Akses Internet

Bilik Surau

Bilik Perpustakaan


PERKHIDMATAN DI PKG

  • KEPAKARAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
- Memberi pendedahan kepada guru untuk diaplikasikan dalam proses P&P menjurus ke arah konsep Sekolah Bestari.
  • PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
- Memberi khidmat nasihat dalam pengurusan Pusat Sumber dan Program NILAM serta Aktiviti Pusat Sumber Sekolah.
  • PENGEDARAN BAHAN P&P DAN CDRI
- Menjadi Pusat Pengedaran bahan Pusat Sumber dan CDRI terbitan KPM, BTP dan BTPN.
  • MEMBANGUNKAN SUMBER MANUSIA
- Merancang, mengendali dan mengurus kursus dan bengkel serta program yang berkaitan untuk guru-guru.
  • RAKAMAN DAN PERALATAN TEKNOLOGI PKG
- Membantu guru membuat rakaman video untuk majlis tertentu dan kemudahan peralatan ICT yang berkaitan.

0 comments:

Post a Comment