PKG

Monday, November 11, 2013

SENARAI STATUS PEMASANGAN 1BESTARINET SEKOLAH DAERAH SANDAKAN - 04 DISEMBER 2013





Untuk melihat Senarai Status Pemasangan 1Bestarinet Sekolah Daerah Sandakan sehingga 06 November 2013. Sila klik Disini

Bagi mengatasi isu tidak dapat no. log atau trouble ticket nombor berkenaan isu 1BestariNet, dipohon kerjasama pihak sekolah untuk membuat aduan melalui portal https://1bnselfcare.yes.my. Selepas pihak sekolah membuat adauan ke dalam portal tersebut sila simpan no. log/ trouble tiket no. yang telah diberikan.

Sekiranya pihak sekolah lupa ID dan password untuk portal tersebut, boleh hubungi Meja Bantuan 1BestariNet : 018-7998787 atau moesupport@ytlcomms.my untuk mendapatkan ID dan password.

Pastikan no.log/trouble ticket number perlu direkod dalam buku log sekolah dan maklumkan kepada pihak PKG Sandakan untuk dipantau sehingga masalah tersebut selesai. Dicadangkan agar pihak sekolah dapat membuat speedtest bagi isu capaian internet dan cetaknya sebagai dokumen sokongan.

Manakala bagi jadual pemasangan 1BestariNet, sila hubungi bahagian pemasangan 1Bestarinet di talian 018-799 8771 atau emel moe.install@ytlcomms.my untuk pertanyaan mengenai status/jadual pemasangan 1BestariNet.

Sebarang kemusykilan boleh emel kepada rr@moe.edu.my untuk tindakan selanjutnya.

Friday, November 8, 2013

MEJA BANTUAN TEKNIKAL UNTUK CHROMEBOOK & VDI


Meja Bantuan 1BestariNet ( CHROMEBOOK )
§  018-7998787
§  e-mel: moesupport@ytlcomms.my
§  https://1bnselfcare.yes.my


Tuesday, July 9, 2013

SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) KPM



Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) dilaksanakan dengan tujuan menwujudkan satu aplikasi pengurusan maklumat sekolah yang seragam dan dibangunkan khusus untuk menangani isu beban tugas guru serta pengintegrasian satu data pendidikan di Kementerian Pendidikan Malaysia. Pejabat Pelajaran Daerah Sandakan (PPD) dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru Sandakan (PKG) akan melaksanakan bengkel Pelaksanaan Penggunaan SPS dalam pemantapan District Transformation Programme (DTP) peringkat daerah Sandakan bertempat di Mini Teater SK Sung Siew Sandakan pada ketetapan berikut :

Thursday, June 6, 2013

PEMANTAUAN MS ISO DAN PENGURUSAN PENTADBIRAN DI PKG SANDAKAN



Untuk makluman, Pihak BTPN Sabah telah menjalankan Pemantauan MS ISO dan Pengurusan Pentadbiran di PKG Sandakan pada 03 Jun 2013. Pemantauan telah berlangsung daripada jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.Pegawai Pemantau bagi Pemantauan MS ISO ialah Pn. Editha James Ginibun PTP, Unit Pengurusan Hal Ehwal PTPB dan PKG, BTPN Sabah bersama Pegawai Pemantau bagi Pemantauan Pengurusan Pentadbiran PKG iaitu En. Suhailee Hj. Ahmad, Penolong Pengarah BTPN Sabah. Secara keseluruhannya, pencapaian adalah sangat membanggakan dengan keputusan yang diterima adalah CEMERLANG bagi kedua-dua pemantauan untuk Tahun 2013.

Friday, May 24, 2013

SENARAI SEKOLAH YANG TELAH MENDAPAT PEMASANGAN 1BESTARINET (VSAT)


  1. SK GUM-GUM KECIL
  2. SK RANCANGAN LUBUH
  3. SK SEGALIUD
  4. SK BAMBANGAN
  5. SK TANJONG PISAU
  6. SK SUNGAI TIRAM

KEPUTUSAN PENGISIAN DATA ONLINE SSQS


 photo SSQSMINI-1.gif

Berikut dilampirkan Analisis keputusan SSQS dari tahun 2009 sehingga tahun 2012. Sila semak dan rujuk nama sekolah masing-masing untuk mendapatkan keputusan dan Star Rating  bagi tahun 2012

MEJA BANTUAN 1 BESTARINET DAN SCHOOL BROADBAND (SBB)



  • Untuk sekolah yang telah mendapat talian 1Bestarinet boleh berhubung melalui :
- 018-7998787 / moesupport@ytlcomms.my
  • Untuk sekolah yang masih melanggan TM School broadband (SBB) boleh berhubung melalui :
   1-800-22-7722

**Mohon pihak sekolah mendapatkan nombor tiket log aduan/masalah tersebut dan memaklumkan kepada PKG Sandakan di talian 089-225687. Terima kasih

MOHON TINDAKAN GPM SEKOLAH UNTUK MENGAMBIL CD MBMMBI DI PKG SANDAKAN


CD MBMMBI untuk SEKOLAH RENDAH




   

Friday, April 26, 2013

PEMANTAUAN PENGURUSAN PSS, I-NILAM DAN ICT DI SMK MUHIBBAH


Pegawai Pemantau :

  1. En. Hasnaol Hj Liwangsa - PTP1 PKG Sandakan
  2. En. Mohd Yunus Bin Kasim - PTP1 PKG Sandakan
  3. Pn. Norayuni Bt Jaafar - FT17 PKG Sandakan

Wednesday, April 24, 2013

PEMANTAUAN PENGURUSAN PSS,I-NILAM DAN ICT SK MERPATI


Pegawai Pemantau :

  1. En. Hasnaol HJ Liwangsa - PTP1 PKG Sandakan
  2. En. Mohd Yunus Bin Kasim - PTP2 PKG Sandakan
  3. Pn. Norayuni Bt Jaafar - FT17 PKG Sandakan

Friday, April 19, 2013

PENILAIAN PUSAT SUMBER SEKOLAH PERINGKAT NEGERI DI SMK SANDAKAN


Panel Penilai :

  1. En. Suhailee Ahmad, Pen. Pengarah BTPN Sabah
  2. Cik Fiona C.J Jonioh , Pustakawan Perpustakaan Negeri Sabah

Wednesday, April 17, 2013

PEMANTAUAN PSS, I-NILAM DAN ICT DI SK SUNG SIEW, SANDAKAN


Pegawai Pemantau :

  1. En Hasnaol Hj Liwangsa - PTP1 PKG Sandakan
  2. Pn. Norayuni Bt Jaafar - FT17 PKG Sandakan
Pusat Akses, SK Sung Siew

Thursday, April 11, 2013

KHIDMAT BANTU SEMPENA PENILAIAN APSS PERINGKAT NEGERI SABAH


Khidmat Bantu sempena penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri Sandakan dijalan di SK Bukit Garam II dan SMK Bukit Garam II, Kinabatangan, SK Sri Melanta Jaya dan SMK Sandakan bersama Pegawai PTPB Sandakan Pn. Halimah Othman

PSS SK Bukit Garam II, Kinabatangan

Saturday, March 9, 2013

BENGKEL KONFIGURASI SERVER DAN RANGKAIAN UNTUK JURUTEKNIK KOMPUTER FT17


Bengkel konfigurasi Server dan Rangkaian telah diadakan di Makmal Komputer SK Muhibbah dan telah dihadiri seramai 25 orang FT17 Sekolah Daerah Sandakan, En. Ismail Alpah, Fasilitator Sk Muhibbah dan En. Suhaimi Sani, Penceramah BTPN Sabah. Antara objektif  dan matlamat bengkel diadakan adalah supaya FT17 sekolah dapat bertindak menyelesaikan serta mengatasi masalah teknikal berkaitan server dan rangkaian LAN di makmal komputer dan meuwujudkan kestabilan rangkaian internet di sekolah.


Friday, March 8, 2013

MESYUARAT PEMBENTUKKAN JAWATANKUASA AKTIVITI JURUTEKNIK KOMPUTER FT17


Mesyuarat Pembentukkan Jawatankuasa Aktiviti Juruteknik Komputer FT17 Sekolah Daerah Sandakan telah diadakan di Bilik Mesyuarat PKG Sandakan dan di pengerusi oleh En. Hasnaol Hj Liwangsa, PTP1 PKG Sandakan dan Penasihat adalah En. Junggal Bin Sidup, PTP1 PTPB Sandakan. Antara agenda mesyuarat ialah

  1. Ucapan Pengerusi 
  2. Pembentukan AJK 
  3. Peranan dan Fungsi SKT - Sesi Video Conference Bersama En. Azmy Bin Hj Ahmad ( Pegawai Teknologi Pendidikan Unit Pengurusan Hal Ehwal PTPB & PKG, BTPN Sabah ) 
  4. Perancangan Aktiviti 
  5. Hal-hal Lain 
  6. Penutup

Saturday, March 2, 2013

MAJLIS PENANGGUHAN & PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA KARNIVAL NILAM PERINGKAT BAHAGIAN


Majlis Penangguhan dan penyampaian Hadiah tersebut telah diadakan di Grand Ballroom, Sabah Hotel.


Friday, March 1, 2013

KARNIVAL ANUGERAH TOKOH NILAM PERINGKAT BAHAGIAN SANDAKAN


Karnival Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Bahagian Sandakan telah diadakan di SMK Agama Tun Juhar Sandakan yang dianjurkan oleh PTPB Bahagian Sandakan. Antara Calon yang hadir adalah daripada Daerah Sandakan, Daerah Beluran, Daerah Telupid dan Daerah Kinabatangan.


Tuesday, February 26, 2013

PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH SANDAKAN


Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah bagi tahun 2013 telah diadakan di PKG Sandakan. Antara yang hadir menjayakan program tersebut ialah seramai 12 orang ahli jawatankuasa, 2 orang urusetia dan 21 orang guru pengiring beserta 43 orang Calon NILAM. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Ali Rahman HJ Arshad, Penolong Pegawai PPD Sandakan.


Friday, February 22, 2013

BENGKEL PENYELARASAN BAHAN PENILAIAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH SANDAKAN


Pihak PKG Sandakan telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Bahan Penilaian untuk Pemilihan Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Daerah Sandakan. Bahan Penilaian di pilih dan telah dibincangkan bersama dengan GPM dan juga Pegawai PKG Sandakan.

Tuesday, February 19, 2013

PROGRAM 'PRESENTATION OF CLASSROOM RESEARCH PROJECT'


Pihak PPD Sandakan telah menganjurkan Program ' Presentation Of Classrom Research Project' dengan kerjasama Ms. Brenna daripada British Council yang diadakan di Bilik Taklimat SK KG Bahagia Sandakan.


Friday, February 8, 2013

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH SANDAKAN


Pihak PKG Sandakan telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Sandakan Bersama dengan En. Ali Rahman Haji Arshad, Penolong Pegawai PPD Sandakan dan dihadiri oleh Guru Perpustakaan Media (GPM) Sekolah Daerah Sandakan yang terpilih sahaja.

Wednesday, January 30, 2013

MESYUARAT PENGURUSAN PTPB & PKG BAHAGIAN SANDAKAN BIL1/2013


Mesyuarat Pengurusan PTPB & PKG Bahagian Sandakan telah diadakan di Bilik Mesyuarat PKG Sandakan. Antara yang hadir ialah semua PTP PTPB, PTP1, PTP2, N17, FT17, A17 dan R6 PKG Sandakan, PKG Telupid, PKG Beluran dan PKG Kinabatangan. Antara Agenda Mesyuarat ialah :
  1. Ucapan alu-aluan Pengerusi
  2. Pengesahan Minit Mesyuarat Pengurusan Bil.3/2012
  3. Perkara Berbangkit
  4. SKT 2013
  5. Penyelarasan Takwim 2013
  6. Hal-hal Lain

Monday, January 21, 2013

MAJLIS PELANCARAN BANTUAN PERSEKOLAHAN AWAL TAHUN 2013


Pihak PKG Sandakan telah terlibat secara langsung dengan majlis Pelancaran Bantuan Persekolahan awal tahun 2013 Peringkat Negeri Sabah di SMK Merpati. Majlis tersebut telah dilancarkan oleh Datuk Seri Panglima Haji Musa Bin Haji Aman, Ketua Menteri Sabah.