PKG

Friday, January 11, 2019

PENGUMPULAN DATA PUSAT AKSES SEKOLAH DAERAH SANDAKAN TAHUN 2019


Untuk maklumat pihak tuan/puan, data ini merangkumi beberapa maklumat yang perlu dikemaskini mengikut keperluan tahun semasa.
 
Oleh yang demikian, pihak tuan/puan dimohon untuk mengisi dan melengkapkan maklumat yang diperlukan mengikut format yang disediakan. Sila lengkapkan data di alamat link https://goo.gl/vLLE5F
 
Tarikh pengumpulan data ini perlu dihantar selewat-lewatnya pada 31 Januari 2019 (Khamis) untuk diserahkan kepada En FAZLYE GUBAL BIN A.JAFER, Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit Pembestarian Sekolah (UBEST) Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah, Kementerian Pendidikan Malaysia.
 

Monday, January 7, 2019

DATA PERALATAN MEDIA (TV, RADIO, ASTRO) DI SEKOLAH DAERAH SANDAKAN



Tuan/Puan  adalah  dimohon untuk melaksanakan Kutipan Data Media (TV, Radio dan Astro) di Sekolah Daerah Sandakan untuk Tahun 2019. 

Pengisian data hendaklah mengikut format pelaporan yang diperlukan oleh pihak BTP, KPM (Sila Muaturun pautan di bawah).

1. Format Borang Kutipan Data Media (TV, Radio dan ASTRO)

2. Borang Perakuan Penghantaran Data 
(Sila emel/hantar semula ke pkgsandakan@yahoo.com.my sebelum/pada:11.01.2019-Jumaat)




KEMUDAHAN BUKU TEKS DIGITAL ASAS BAGI KEGUNAAN MURID SEKOLAH MENENGAH



Dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan kemudahan Buku Teks Digital Asas (BTDA) dalam format PdF sebagai sumber rujukan kepada murid-murid Sekolah Menengah Tingkatan Satu hingga Tiga. 
BTDA tersebut boleh diakses melalui pautan http://gg.gg/bukuteksdigitalKPM
Surat pemakluman berkaitan kemudahan buku teks digital asas ini boleh dimuaturun disini.

Thursday, January 3, 2019

TATACARA PENYELESAIAN MASALAH BERKENAAN KAMPUS ASTRO SEKOLAH







Sekolah yang tidak selalu melayari atau menutup suis dekoder Astro pada tempoh yang lama, maka Kampus Astronya tidak berfungsi lagi. Kampus Astro di sekolah yang tidak berfungsi disarankan untuk membuat pengaktifan semula melalui Kampus Astro, Sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan: - Sekolah : 1 300 82 3838 atau 1 300 82 0001, emel: kampusastro@astro.com.my

Sila muaturun tatacara di sini

Wednesday, January 2, 2019

PRA PENDAFTARAN PEMILIHAN TOKOH NILAM DAERAH SANDAKAN UNTUK TAHUN 2019




Assalamualaikum Dan Salam Tahun Baharu Masehi 2019
Program Pemilihan Tokoh Nilam 2019 bagi Daerah Sandakan. Tarikh cadangan asal ialah pada 17 hb Januari ini namun akan diputuskan semula pada mesyuarat nanti. Peluang untuk mendaftarkan calon sekolah masih dibuka sehingga 11 Januari 2019 . Pendaftaran calon boleh dibuat pada link ini :point_right:https://goo.gl/forms/0jzAPGUdKBeoF1Bp1 .

Sila semak Kriteria Kelayakan Calon untuk pertandingan Anugerah Tokoh NILAM Tahun 2019

Friday, September 14, 2018

PENGISIAN DATA NILAM DI DALAM SISTEM IQ-NILAM BAGI TAHUN 2018



Untuk makluman, Sistem Indeks Kualiti NILAM (IQNILAM) telah dibina untuk memudahkan pihak sekolah terutama guru kelas/GPM/NILAM untuk merekod bahan bacaan murid.

Sehubungan itu, mohon Sekolah-sekolah Daerah Sandakan untuk mengisi data terkini (2018) Program Nadi llmu Amalan Membaca (NILAM) berpandukan buku rekod bacaan NILAM yang telah diisi oleh murid Sekolah Rendah (Tahun '1 hingga Tahun 6) dan murid Sekolah Menengah (Peralihan hingga Tingkatan 6)

Sila Muaturun Surat Arahan Pengisian IQNILAM dan Langkah-langkah pengisian data NILAM ke dalam sistem IQNILAM adalah seperti Lampiran 1 Sekiranya terdapat sebarang masalah atau kemusykilan' dimohon menghubungi pegawai meja bantuan seperti di Lampiran 2 
Pihak YBhg Dato'AfBrs Or./iuan/Puan juga boleh memberi sebarang cadangan penambahbaikan melalui menu maklumbalas di dalam sistem tersebut.

CARA LOGIN  DALAM SISTEM IQ-NILAM :

1. Taip https:/iqnilam.moe.gov.my/ di bar alamat enjin carian. 
2. Masukkan Usemame (KOD SEKOLAH) contoh: XBA2001
3. Masukkan Password (KOD SEKOLAH#999) contoh: XBA2001#999

Wednesday, August 1, 2018

KRITERIA CALON UNTUK ANUGERAH NILAM NEGERI DAN KEBANGSAAN 2019





Dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan,Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM
telah menghantar emel berkaitan kriteria-kriteria bagi calon untuk pertandingan dalam Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan untuk tahun 2019.

Sehubungan dengan itu, disampaikan maklumat berkaitan kriteria berkenaan untuk rujukan dan kegunaan pihak sekolah masing-masing. Bidang dan cara pelaksanaan penilaian calon masih seperti yang dibuat pada tahun ini.

Sila muaturun Lampiran Kriteria tersebut di sini.