Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah bagi tahun 2013 telah diadakan di PKG Sandakan. Antara yang hadir menjayakan program tersebut ialah seramai 12 orang ahli jawatankuasa, 2 orang urusetia dan 21 orang guru pengiring beserta 43 orang Calon NILAM. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Ali Rahman HJ Arshad, Penolong Pegawai PPD Sandakan.
Tuesday, February 26, 2013
Friday, February 22, 2013
BENGKEL PENYELARASAN BAHAN PENILAIAN ANUGERAH NILAM PERINGKAT DAERAH SANDAKAN
Pihak PKG Sandakan telah mengadakan Bengkel Penyelarasan Bahan Penilaian untuk Pemilihan Anugerah Tokoh NILAM Peringkat Daerah Sandakan. Bahan Penilaian di pilih dan telah dibincangkan bersama dengan GPM dan juga Pegawai PKG Sandakan.
Tuesday, February 19, 2013
PROGRAM 'PRESENTATION OF CLASSROOM RESEARCH PROJECT'
Pihak PPD Sandakan telah menganjurkan Program ' Presentation Of Classrom Research Project' dengan kerjasama Ms. Brenna daripada British Council yang diadakan di Bilik Taklimat SK KG Bahagia Sandakan.
Friday, February 8, 2013
MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH SANDAKAN
Pihak PKG Sandakan telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Sandakan Bersama dengan En. Ali Rahman Haji Arshad, Penolong Pegawai PPD Sandakan dan dihadiri oleh Guru Perpustakaan Media (GPM) Sekolah Daerah Sandakan yang terpilih sahaja.
Wednesday, January 30, 2013
MESYUARAT PENGURUSAN PTPB & PKG BAHAGIAN SANDAKAN BIL1/2013
Mesyuarat Pengurusan PTPB & PKG Bahagian Sandakan telah diadakan di Bilik Mesyuarat PKG Sandakan. Antara yang hadir ialah semua PTP PTPB, PTP1, PTP2, N17, FT17, A17 dan R6 PKG Sandakan, PKG Telupid, PKG Beluran dan PKG Kinabatangan. Antara Agenda Mesyuarat ialah :
- Ucapan alu-aluan Pengerusi
- Pengesahan Minit Mesyuarat Pengurusan Bil.3/2012
- Perkara Berbangkit
- SKT 2013
- Penyelarasan Takwim 2013
- Hal-hal Lain
Monday, January 21, 2013
MAJLIS PELANCARAN BANTUAN PERSEKOLAHAN AWAL TAHUN 2013
Pihak PKG Sandakan telah terlibat secara langsung dengan majlis Pelancaran Bantuan Persekolahan awal tahun 2013 Peringkat Negeri Sabah di SMK Merpati. Majlis tersebut telah dilancarkan oleh Datuk Seri Panglima Haji Musa Bin Haji Aman, Ketua Menteri Sabah.
Subscribe to:
Posts (Atom)



